Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ILMU ISLAM

Keunikan dan Pesona Aceh: Negeri Serambi Mekah yang Wajib Dikunjungi

Aceh: Negeri Serambi Mekah yang Kaya Akan Warisan Budaya dan Alam Aceh, provinsi yang terletak di ujung barat Indonesia, dikenal dengan sebutan "Serambi Mekah." Provinsi ini bukan hanya kaya akan sejarah Islam, tetapi juga menawarkan keindahan alam yang memukau dan tradisi budaya yang kuat. Aceh adalah destinasi yang sempurna untuk kamu yang mencari pengalaman wisata yang unik sekaligus mempelajari sejarah panjang Indonesia. 1. Sejarah dan Peran Islam di Aceh Aceh memiliki sejarah panjang sebagai pintu masuk Islam di Nusantara. Sejarah mencatat bahwa Kerajaan Samudera Pasai di Aceh adalah kerajaan Islam pertama di Indonesia. Karena itulah Aceh dijuluki Serambi Mekah, sebagai simbol peran pentingnya dalam penyebaran agama Islam di Indonesia. Hingga saat ini, adat istiadat dan hukum syariah masih sangat dijunjung tinggi oleh masyarakat Aceh. Masjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh menjadi ikon utama yang sering dikunjungi wisatawan. Masjid ini tidak hanya berfungsi sebagai tempa...

Sempurnakan Hari Dengan Keberkatan

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan.menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Golongan Yang Tidak Dipandang Allah S.W.T

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong. Huraian Hadith: 1. Allah S.W.T. amat benci kepada tiga golongan manusia, iaitu orang tua yang masih tidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orang miskin yang sombong. 2. Segala perbuatan yang dilarang oleh agama hendaklah dijauhi dan seandainya seseorang itu terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah. 3. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan, pergunakanlah masa sepenuhnya untuk membanyakkan amal ibadat agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat keredhaan dar...

PERBUALAN RASULULLAH PADA WAKTU MALAM

Sayyidatuna Asyah ra bercerita: "Sebelas orang wanita duduk-duduk, lantas mereka berjanji tidak akan menyembunyikan perilaku suami-suami mereka walau sedikitpun (untuk dibicarakan). " Wanita pertama berkata, "Suami saya bagaikan unta kurus yang tinggal di puncak gunung berbatu. unta itu tidak berada ditanah datar sehingga dapat dijemput untuk pulang dan tidak berbadan gemuk, sehingga ada orang yang berminat untuk memungutnya.  Wanita kedua pula berkata, "Suami saya pula. Tidak berani ungkapkan terus terang ceritanya karena takut dia akan menveraikan saya. Apabila saya sebutkan (terus-terang) berarti saya telah mencabut urat leher dan pusatnya.  Wanita ketiga pula berkata, "Suami saya kurua tinggi dan tidakmenarik. Apabila saya sebutkan kekurangannya, saya akan diceraikannya. Apabila sya berdiam diri saya digantung tidak bertali." Wanita keempat pula berkata, "Suami saya bagaikan malam di negeri Tihamah. Tidak panas dan tidak din...

KAITAN PERZINAAN DENGAN PERCERAIAN

PENDAHULUAN Kekecohan isu masalah gejala sosial di kalangan muda mudi di Malaysia terbabit dengan maksiat semakin hebat diperkatakan. Isu pembuangan bayi, pergaulan bebas dan seks rambang perlu dijadikan iktibar dan pengajaran agar umat Islam tidak terjebak ke kancah seks secara haram dan terbabas daripada Syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Di antara punca utama seseorang terlibat dalam perzinaan adalah disebabkan kegagalan dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak. Dalam masa yang sama faktor persekitaran turut menyumbang kepada kegiatan maksiat. Pengaruh rakan sebaya, penggunaan alat telekomunikasi tanpa batas serta kesibukan ibu bapa yang berkerjaya menjadikan anak-anak hidup tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Bagi menangani gejala maksiat ini, Islam menganjurkan umatnya supaya menahan diri dengan berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin ke...

Haji

Imej
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain. Pengertiannya dari Sudut Bahasa Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Pengertiannya dari Sudut Istilah Syarak Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu. Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji Islam Berakal Berkemampuan Merdeka Baligh Bentuk-bentuk Berkemampuan Selamat tubuh badan Aman perjalanan Tidak ditahan Terdapat mahram atau suami bagi perempuan Tidak berada dalam idah bagi perempuan Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji Islam Berihram Masa (Miqat ihram menepati masa) Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)Mumayyiz Berakal Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran Tidak bersetubuh Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji Ia terdiri dari tiga cara iaitu: Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja. Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat...

Puasa

Imej
Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) Pengertian Puasa Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Hukum – Hukum Puasa Wajib Sunat Makruh Haram Puasa wajib : Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar. Puasa Sunat : Puasa dalam bulan Sya’ban Puasa 6 hari dalam bulan Syawal Puasa Arafah pada 9 zulhijjah Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram Puasa pada hari Isnin dan Khamis Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15 Puasa satu hari berbuka satu hari Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak...

Zakat

Imej
Pengertian Zakat dari Sudut Bahasa Keberkatan, kesucian, perkembangan dan kebaikan. Sebab dinamakan zakat ialah kerana ia dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya dari segala kerosakan sebagaimana Ibnu Taimiah berkata: Diri dan harta orang yang mengeluarkan zakat menjadi suci dan bersih serta hartanya berkembang secara maknawi. Pengertian Zakat dari Sudut Syarak Sebahagian harta tertentu yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran atau ia juga boleh diertikan dengan kadar tertentu dari harta tertentu yang diberikan kepada golongan tertentu dan lafaz zakat juga digunakan terhadap bahagian tertentu yang dikeluarkan dari harta orang yang wajib mengeluarkan zakat. Zakat Syar'ie kadang kala dinamakan sedekah di dalam bahasa al-Quran dan Hadis sebagaimana Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menja...