Keunikan dan Pesona Aceh: Negeri Serambi Mekah yang Wajib Dikunjungi

Aceh: Negeri Serambi Mekah yang Kaya Akan Warisan Budaya dan Alam Aceh, provinsi yang terletak di ujung barat Indonesia, dikenal dengan sebutan "Serambi Mekah." Provinsi ini bukan hanya kaya akan sejarah Islam, tetapi juga menawarkan keindahan alam yang memukau dan tradisi budaya yang kuat. Aceh adalah destinasi yang sempurna untuk kamu yang mencari pengalaman wisata yang unik sekaligus mempelajari sejarah panjang Indonesia. 1. Sejarah dan Peran Islam di Aceh Aceh memiliki sejarah panjang sebagai pintu masuk Islam di Nusantara. Sejarah mencatat bahwa Kerajaan Samudera Pasai di Aceh adalah kerajaan Islam pertama di Indonesia. Karena itulah Aceh dijuluki Serambi Mekah, sebagai simbol peran pentingnya dalam penyebaran agama Islam di Indonesia. Hingga saat ini, adat istiadat dan hukum syariah masih sangat dijunjung tinggi oleh masyarakat Aceh. Masjid Raya Baiturrahman di Banda Aceh menjadi ikon utama yang sering dikunjungi wisatawan. Masjid ini tidak hanya berfungsi sebagai tempa...

Islam di Malaysia

Sejak ketibaannya menerusi pedagang Arab dan India yang datang ke Semenanjung Malaysia pada kurun ke 13, Malaysia telah menerima agama Islam yang kemudiannya turut diserapkan ke dalam rekabentuk bangunan, makanan dan cara hidup di negara ini.

Sekitar 60% penduduk Malaysia adalah beragama Islam yang seterusnya mencipta gabungan budaya Melayu dan agama Islam yang saling berkait rapat. Laungan azan kedengaran di setiap pelusuk negara ini sebanyak lima kali sehari.

Tidak menjadi keganjilan jika sebuah masjid terletak berhampiran dengan gereja dan tidak jauh dari kuil Hindu. Penduduk berbilang bangsa dan agama di sini hidup dalam harmoni dan setiap individu bebas mempraktikkan agama masing-masing dan hidup tenteram.

Ketika bulan Ramadan, masyarakat Islam akan berpuasa dan waktu inilah akan didirikan gerai-gerai bazar Ramadan di beberapa batang jalan tertentu yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Perayaan tahunan utama yang disambut oleh masyarakat Islam ialah Hari Raya Aidil Fitri yang meraikan tamatnya bulan puasa.

Masyarakat Islam di seluruh negara menjemput sahabat handai dan jiran tetangga yang berlainan agama datang ke rumah mereka bagi menyambut perayaan bersama-sama dan menikmati juadah perayaan.

Rekabentuk dan senibina Islam di Malaysia berpunca dari negara-negara Arab, tetapi telah digarap dengan sentuhan budaya Melayu yang unik. Rekabentuk dan senibina ini boleh dilihat di mana-mana masjid atau bangunan pentadbiran di seluruh negara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

STATUS ACHEH DALAM NKRI

Menteri Pendidikan Aceh Merdeka angkatan tahun 1976

Brujuk Pasukan Din Minimi Ditembak Selepas Minta Ampun !